Friday 29 November 2013

BUATMU

terasa benar kehilanganmu hari ini sayang..
terasa benar jauhnya kamu dari mataku
terasa benar kerinduan aku..
meruap tanpa henti merinduimu.

apakah khabarmu di sana wahai sayangku
apakah baik atau bukan,
apakah kau juga merindui aku yang di sini,
apakah kau ingat akan daku di sini,

sayang,
kenapa kau terlalu jauh untuk aku tatap wajah mu itu
aku tahu segalanya punya hikmah,
aku mengharapkan hanya yang terbaik buat kita.

sayang,
mungkin aku tidak tahu kesusahan dirimu,
mungkin aku tidak tahu kehidupanmu di sana
mungkin senang, mungkin susah,
tapi aku tahu kamu kuat untuk meneruskan hidup,
semangat kamu sangat kuat,
aku tahu itu sayang.
Jagalah diri,jaga hati yang Esa ada untuk membantu,
Percayalah padanya. Dia sentiasa ada di mana sahaja sayang,
minta sahaja padanya .

ku hantar rindu ini bersama angin buatmu sayang,
moga malammu ditemani mimpi indah
dan siangmu di temani rahmat serta rezeki.
teruskan perjuangan mu,
aku sentiasa menunggu pulangmu di sini.



No comments: