Thursday 30 August 2012

SAHABAT


sahabat,
dalam kekalutan arus,
aku dan kau bersama seiring ,
dalam kancah duniawi,
menemani perjalanan dalam kegelapan malam dan terang dinihari,
mengharungi arus deras pemodenan,

sahabat,
kau kini berlainan arah dari aku,
kau ke sana dan aku ke sini,
kau ke menara gading impianmu dan aku pergi mencari impian aku,
kepahitan kemanisan masih lagi bersama walau tidak dekat di mata,
walau pertolongan tidak selalu ku peroleh,
semangat dan jiwamu bersama aku sentiasa.

sahabat,
ingin sahaja aku mengatakan jutaan terima kasih,
tapi aku tahu itu tak akan pernah cukup,
cukup kau dan aku bahagia mengejar impian.










p/s malas nak letak gambar anis banyak pulak gambar anis dalam blog aku ahahah jangan marah kih3 =p




Monday 27 August 2012

F.A.S.T. test

ASSALAMU'ALAIKUM HYE GUYS WE MEET AGAIN.. hmmm tajuk macam berinfo kan haaa... sikitlah sebab ada terbaca tadi hahaha.. ok.. so hari ni nak cakap sikit pasal test ni.. nama di beri F.A.S.T Test.. sebab dia?? haa tgok lah bawah tu jap lagi cerita ok..  oleh kerana di copy paste jadi dalam bahasa inggeris maaf ok.. moga dapat sama-sama sedikit ilmu (>_<)







the National Stroke Association's F.A.S.T. test advises, To recognize a stroke,do FAST before calling the paramedics,:

If in any place one of your friend happen to fall and hit the head, try this simple test.. few minutes time may save someone's life. 

ok senangnya macam nie andai kata one day masa tengah berjalan ke sembang-sembang ditakdirkan kawan kamu kamu nie jatuh dan kepalanya terhantuk. nampak biasa kan?? ye memang biasa. bukanlah kata semua jatuh terhantuk dibahagian kepala tu akan dapat stroke tapi peratusan untuk dapat tu mudah jadi tak salah untuk berhati-hati kan. ok seandainya terjadi lakukan test ni dekat mereka.. seandainya terdapat salah satu dekat mereka sila rujuk di hospital berdekatan dengan segera.. dan ini dia maksud  F.A.S.T. test tersebut.. 

(F)ACE. assess the facial expression . Ask the person to smile. Check to see if one side of the face droop. -it could be weakness on right or left
.

(A)RMS
.. check the mobility of the arms and legs. Ask the person to raise both arms. See if one arm drifts downward.

(S)PEECH
. assess the cognitive function. Ask the person to repeat a simple sentence. Check to see if words are slurred and if the sentence is repeated correctly.

(T)IME
. If a person shows any of these symptoms, time is essential. It is important to get to the hospital as quickly as possible. Call 9-1-1. Act FAST.











ok ini sahaja untuk kali ni entry raya?? nantilah panjang ceritanya nanti ok (>_<) jaga diri selamat bekerja untuk yang bekerja esok..dan selamat ke kelas untuk yang dah start kelas balik. 


Saturday 18 August 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamu'alaikum semua..

yes kali nie nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA.. ANDAI ADA TERSILAP KATA TERLUPA JANJI TERKASAR BAHASA  SALAH TAK TERLAKU, TERLANJUR KATA, TERSALAH BICARA, SEPULUH JARI DI SUSUN MEMOHON AMPUN.... MOGA SEMUA BLOGGERS DAN SEMUA READERS YANG LAIN DAPAT MENYAMBUT RAYA DENGAN CERIA.. (>_<)

 be safe ok semua take care 

Indah nian sang pelita,
Cantik menyinar di malam hari, 
Sebulan sudah Ramadhan bersama kita, 
Kini tiba Syawal di nanti.

Ketupat Rendang Juadah tersedia,
Lemang rendang penambah selera, 
Tibalah sudah Hari Raya, 
Maaf ku pohon sebarang dosa


Pagi-pagi anyam ketupat,
Makan bersama rendang ayam,
Nak berjabat tangan tak dapat..
Dari jauh ku hulur salam

Malam berlabuh penutup tirai,
Sang mentari pagi pembuka dunia,
Aidilfitri mulia kita rai,
Maaf dipohon andai tersalah bicara.



Tangisan Aidilfitri

  Assalamu'alaikum..

Hye guys.. da tengok Pengumuman raya?? yeaaahh!!! esok raya.. wwoohhooo.. ok..

          Entry kali nie nak cerita sikit kesedihan beraya.. errkk..sepatutnya raya diai dengan meriah aku pulak nak sedih.. hohoho.. takdelah.. bukan nak sedih just nak konsi cerita sikit jek.. tak salah kan.. raya tetap raya.. (>_<)

ok let's begin..

             mula-mula sekali.. 5/8/2012 ok.. masa nie aku kat KL.. ada hal sikit.. and petang hari tu aku buka puasa kat luar.. KLCC tempat di tuju.. dengan siapa?? haiisshh siapa siapa aja yang sudi buka puasa dengan aku.. (>_<) bukan point aku kat sini.. hah.. tengah aku sembang-sembang then dapat call dari ayah aku... aku ingat dia saje call macam biasalah nak cek anak dia ni ke mana.. hohoho.. rupa-rupanya aku dapat berita buruk.. pheww~~ kesahnya salah sorang kawan aku yang dah lama aku tak jumpa dari Johor eksiden.. yes eksiden.. dia baru sampai dari Jepun.. dia dan family (ayah mak dan adik lelaki bongsu dia) on the way balik.. dan dalam perjalanan pulang tu kemalangan.. mak dan adik bnsu dia meninggal.. ayah dia koma.. ok sampai sekarang aku tak dapat berita sangat.. no fon dia da bertukar jadi terus hilang contact.. nak ke Johor tak mampu.. doa dari jauh jelah yang termampu.. masa dapat berita terkaku kejap.. speechless..tak sangka macam nie jadi dia..dia salah sorang kawan yang rapat dengan aku dulu.. dan aku time dia perlukan aku.aku takde kat sana..sedih sangat.. dan tahun ni dia beraya dengan kesedihan..aku dapat bayang macam mana..aku taw dia tabah..aku kenal dia.. ingat lagi masa aku darjah dua atau tiga tak silap aku masa nenek dia meninggal dia datang sekolah menangis sedih aku time tu tapi itulah aku kecik lagi tak reti nak pujuk orang macam mana.. Aku sekarang hanya mampu doa dari jauh moga dia tabah.. itu jek..dapat rasa tak raya tanpa mak ayah?? aku tak dapat bayang langsung..

             dan aku? yes aku pun pernah rasa family aku pergi.. ye puasa tahun lepas..2 hari sebelum raya.. atuk belah ayah aku meninggal dunia..masa dapat berita aku atas moor on the way balik rumah..dia mati sebab kanser tulang..masa dapat berita aku tak rasa apa-apa..macam terkejut macam tu jek.. then lepas buka puasa kami pulang ke kampung halaman.. aku tak taw nak kata apa senyap je..then mak suruh baca quran..aku pun bacalah..gilir-gilir dengan ahli keluarga lain..tengah hari dia di kebumikan..orang kampung semua da sampai siapkan peralatan semua.. masa mandikan mayat.. dorang una cara lama lagi.. anak2 lelaki pangku mayat dan mandikan.. yes ayah aku as anak kedua dan anak sulung lelaki one of them..hati aku da sayu gila masa tu.. masa aku tengok tu air mata da jatuh.. mak aku kata "jangan macam ni tak baik" aku pun tersedu kejap.. tapi still tak dapat nak stop.. lepas siap mandikan semua masa untuk kafankan..sebelum kafan semua anak cucu cium dia untuk kali terakhir. Aku cucu sulong dia..paling disayangi yes paling disayangi walaupun jarang balik jumpa dia.. pesan dia kata-kata dia.. ahh banyak..rindu pada dia tak payah nak kata sangat..masa hari raya tahun lepas selepas kematian.. mak cik aku paling terkesan..dia yang paling rapat dan dekat dengan dia.. aku tak boleh tengok dia.. tiap kali tengok dia mesti air mata jatuh.sedih...yes sedih sangat kalau tu atok aku yang jarang jumpa ni ayah dia yang hari-hari nampak di mata..apa perasaan korang..begitulah..tapi semakin hari pergi hati makin tabah.. dan sekali lagi raya kembali dan perginya Ramadhan.. dah 2 3 hari jugak air mata aku nie jatuh teringat kat arwah..hanya mampu sedekahkan al-fatihah.


itu je yang mampu aku buat.. nak menangis meratapi pemergian untuk apa..yang pergi tetap pergi.. insyaAllah esok akan ke kubur dia.. masa bukak puasa tadi aku teringat kat dia..tahun kedua raya tanpa dia.sedih.. yes tangisan aidilfitri.. tangisan yang tak sepatutnya hadir tapi tanpa orang yang disayangi tak terduga tangisan mengalir..

pada yang masih punya ibu bapa hargai mereka masa masih ada..

akhir sekali selamat hari raya maaf zahir batin...(>_<)





Wednesday 15 August 2012

Ambang Aidilfitri

Assalamu'alaikum..

         Hye guys... lama tak buat entry.. eleh.. 2  minggu je pun ehehehe..

       Ok da nak raya ni.. Semua dah buat persiapan raya ke?? Baju tempah semua da siap?? Jangan ada tak siap lagi.. Tiap tahun mesti ada je kes macam nie.. Harap-harap semua siaplah ok (>_<) .. Saya punya?? owwhh da siap.. haha da lama siap.. maklumlah kalau emak sendiri yang menjahit memang cepatlah siapnya hohohho..nak tengok.. tunggulah entry hari raya hhehehe....OK  Langsir pagi tadi da siap pasang..tu pun lepas mak da membebel banyak.. hahaha pasanglah jugak.. baju raya , checked.. Langsir raya , checked.. kasut raya??? hmmm tahun nie saya tak ada kasut raya.. hahaha sedikit kesempitan wang tahun nie jadi tak berapa nak mampu.. hahaha.. pakai jelah tahun lepas punya bukan pakai sangat pun.. cantik lagi.. belasah je lah huhuhhu..Kuih raya?? dah buat.. ok mak buat banyaknya.. hahaha.. kejam ok.. errkkk.. gulp *telan air liur* nanti pagi raya mintak maaf.. lalala.. ok misi malam nie kemas bilik.. hahha.. adalah purpose aku kemas bilik tu.. bukan semata-mata sebab nak raya je.. hehee.. apa dia?? tunggulah nanti.. heee =D.. ok...

     Giliran juadah raya.. da plan raya nak hidang apa nak open house bila?? Kalau family sayalah kan kami tak ada specific tarikh bila nak open house.. biasanya mak akan masak hari-hari masakan yang berlainan...(biasanya untuk seminggu sahaja) Contohnya, macam ada kawan-kawan aku nie diorang suka sangat soto mak aku jadi soto wajib ada tiap tahun.. Tahun ni bagitau mak tak payahlah buat soto tiap tahun soto.. hahaha.. kejam kan.. adalah seorang kawan aku ni.. nama Anis Fatihah ( tekan ni untuk ke blog dia ) nak juga soto mak aku.. jadi oleh kerana kesian kan.. bagitau lah balik kat mak... " Mak, kawan qilah nak soto jugak tahun nie..dia kata tak jemu sebab makan setahun sekali jek " mak aku pun apa lagi.. dia katalah " Hah nanti kau pegilah beli rempah kat kedai " aku pun.. "errkkk OK" hah.. nampak tak pengorbanan aku kat kawan aku.. nampak tak kasih sayang aku bagi kat dia.. ahhahaa.. ok nampak over di situ.. ahahhaha.ada yang tak nampak?? mintak maaf ngan ANIS masa raya heheh.... ok abaikan. Jadi aku pun belilah tadi.. alang-alang keluar tadi cari barang sikit. hohoho..so ok.. salah satu hari akan ada Soto kat rumah. tu pun diorang kene confirm datang bila nanti mak masakkan... (kalau diorang tak datang sorang-sorang aku bunoh) kejam kan?? lalalala .
korang mesti tertanya sape dia?? malas nak bukak blog nie? nah nie gambar dia


cantik kan dia (>_<) 


dah habis..hah. ok selain soto yang biasa ada hari raya mee kari,  Laksa Penang , Nasi kerabu, nasi ayam.. errkk apa lagi ek.. tak berapa ingat sebab selama nie duk seminggu jek.. tahun nie sebulan raya kat rumah lalala.. Lagipun area terengganu nie dorang tak raya sampai sebulan macam negeri pantai barat.. kebanyakan nya seminggu lebih sikit kt macam tu.. so takdelah banyak hari sangat.. (psst.. jimat pun ada gak..hahahah) ok main-main tak baik betul.. hah ok kami sekeluarga mengalu-alukan sesiapa nak datang.. kami di terengganu start raya ke 3..Jadi jangan lupa call kalau nak datang..kalau tak call jawab dia makan kuih raya je ok ( bagi yang datang hari raya ke 7 dan ke atas)  .. perghhh panjangnya cakap sal hidangan raya nie hahaha...

    Ready nak cakap sal makanan lagi nie..ada yang buat lemang ke ketupat ke tahun nie?? ada??? lemang nie memang all time favourite... makan dengan rendang.. perrrggghhh cair beb aku.. lalala.. rindu lemang mak cik aku sekian.. hohoho.. oleh kerana aku duduknya rumah flat tak ada lah nak merasa bakar lemang ke apa..Jadi beli jelah.. hehehe.. sedih kan.. hahaha.. ketupat sekarang da ada segera jadi beli rebus siap hohoho... dalam rumah nie ayah sorang je kot pandai buat ketupat.. hohohoho.. dulu jelah masa saya kecik kecik dia buat..sekarang takde dah.. pokok kelapa pun da tebang...ehh..kat kampung ada tapi ayah balik 2 hari jek.. pagi raya pullak tu balik kampung jadi tak dapat naK buat hehehe..

    Pheww panjang jugak entry kali nie.. iyelah ambang raya kan.. hohoho..ok.. itu je buat masa nie nanti update lain ok.. SELAMAT MENERUSKAN PUASA SEMUA (>_<)

jumpa lagi =D


Friday 3 August 2012

Oh Baju Kuning

Assalamu'alaikum..

Hye guys.. i'm here..phewwww.. nampak tajuk tu?? hahahaha.. da kenapa dengan baju tu.. hmmm.. sebenarnya cari baju tu tak jumpa ingat nak pakai.. cari lah.. da la pagi ni kul 10 karang secara tepatnya nak pegi KL dah.. adooii...habis selongkar dah almari baju beg semuanya.. semua tak jumpa isssshhh.. sengal taw sengal??? grr.. marah diri sendiri sebenarnya tulah banyak sangat baju almari pun da nak tumpah tumpah dah.. bila entah nak susun kemas kemas.. sekarang tak berapa kemas hahahaha...
ok habis bab tu.. haiihh.. so inisiatif lain kene pakai baju lain.. tu jelah.. ahhahaha... adeeehhh.. tak tido lagi nie.. tak boleh tido punya pasal.. huh!! nasib nasib..




sedih kan?? biar tak sedih pun..tak kira lah.. point kat sini aku tak jumpa baju yang aku nak pakai.. hmm.. balik dari kl nanti mesti baru jumpa hmmm.. nasib2..layan jelah..

tu je!!!

takde isi?? hahahaa memang pun.. nak bagitau baju hilang.. tu je sekian.. ahahahah

sorry menyusahkan 
(>_<)

Have a nice weekend guys..

wondered What am i doing in KL??

Gonna tell you later 

tata 
(>_<)