Tuesday 31 July 2012

SAHUR SAHUR

Assalamu'alaikum....
Hye me again.. ahhahaha.. ok.. so.. saje je ni. sementara tunggu subuh nak up satu entry.. korang da sahur belum nie?? seeloknya sahur taw sebelum puasa especially bulan Ramadhan ni.. pahala dapat korang pun takdelah letih sangat nanti nak pi kelas ke keje ke.. kan?? (>_<) 


“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


makan kurma 3 bijik pun da mencukupi and minum air  tu pun da cukup.. bak kata hadis 


“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).


lagipun



Sabda Nabi s.a.w.: “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”(Riwayat Muslim)





Jadi rajin-rajinlah bersahur ok (>_<) 







tu je nak membebel.. dah subuh jom solat semua 

(>_<)




Monday 30 July 2012

AMALAM BERZIKIR

Assalamu'alaikum

Hye guys.. ok.. just a short entry.. terasa macam nak tulis.. ehehhe. ehh korang pernah dengan pasal amalan berzikir nie?? haaaa... yes mesti semua pernah denga..dari sekolah lagi cikgu agama da terapkan dalam fikiran ni pasal amalan berzikir. Masalah sekarang berapa kerat je yang selalu amalkan.. Honestly aku sendiri jarang amalkan.. Bila aku ingat je aku buat..Most of the time??? tak buat.. see nampak jahil tak kat situ.. ok memang pun.. dah bukan tu point aku kat entry nie.. Just for self reminder.. bukan nak menunjuk kat semua.. ni peringatan kat diri sendiri... selalu lah berzikir..basahkan lidah dengan berzikir especially bulan puasa nie.. banyak free time kan.. selain mengaji kalau andai kata tak sempat berzikirlah.. tu salah satu amalan yang korang boleh buat.


NAMPAK TAK??? haaaa.. tak nampak gak sila download sendiri.. monitor korang mesti besar an.. ehhehehe

Jadi ni antara zikir amalan harian korang boleh baca..


ok dah habis.. ni je nak cerita.. hahahah panjang?? errk.. hehehe.. sorry.. selamat beramal.. ecewah macam professor izze.. ehehehe.. ok2 dah2.. jumpa entry lain plak. tata (>_<)



‎"Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka" 
(COPY PASTE)


" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)














GRADUATION / CONVOCATION

Assalamu'alaikum

Hye guys.. hah.. dah ada orang excited tgok tajuk entry nie.. ahahah.. ok ni adalah antara  paksa rela oleh junior aku.. katanya nak sangat tgok gambar convo aku..ahahhaha.. nie aku bagilah sikit gambar aku...

nak cerita jugak lah kan sikit. aku convo 14 July 2012.. takdela tempat gah mana aku konvo kat colllege jek UCSI University.. ok yes tu nama kolej aku.. kolej swasta?? ye kolej swasta.. ok.. habis kat situ je.. hehehe... hah..nak tgok gambar kan?? ok ni gambar sikitlah jangan muntah lak gambar aku je semua hahaha...  ok ready??? eleh padehal korang da kejar tengok gambar dulu baru nak baca..tu pun segelintir yang baca hohoho... kalau anda berjaya baca sampai sini sila comment..tahniah saya ucapkan hohoho.. ok habis membebel ni gambar-gambarnya.. ENJOY (>_<)





with my LOVELY PARENTS



with lovely Mei Kuan





Kaku giler nampak aku dalam gambar nie.. hahahahaha =p 



ALL PHOTO CREDIT TO MUHAMMAD IZZUDDIN
STUPIDLY EDITED BY ME

(>_<) 


ok tu je untuk tatapan thanks for blogwalking (>_<) 





Sunday 29 July 2012

MATH PROBLEM

ASSALAMU'ALAIKUM..

hye guys... good evening isn't it (>_<)

ok.. tadi usha-usha fb jumpa satu gambar nie sweet sangat..yes according to math problem.. hmm.. korang mesti pening apa aku cuba nak cakap.. ok ni gambar dia



Got me now?? hehehe (>_<) 
ok tu je nak cerita hehehe..
sweet kan gambar nie.. ahahha.. 
tak eh?? ok bagi aku sweetlah.. hohoho (>_<)
ok
tu je nak cerita
selamat berbuka puasa semua..
jumpa lagi 
=D


p/s masih menunggu orang yang mampu untuk aku cakap I LOVE YOU depan dia lagi.. 

Saturday 28 July 2012

8 Ramadan 1433H

Assalamu'alaikum..


Hye guys.. sorry for the long silence..my Internet rate lower done after over Gb been.. So now i;m back.. hahaha...


Hmm sedar tak sedar da 8 Ramadan 1433H kan.. saya tak up entry pasal Ramadhan?? ye tak dapat nak buat.. and FYI i miss blog so much.. Banyak sangat aku nak cerita tapi itulah..apakan daya banyak sangat yang jeles nie.. hehehe... owhh ok..so hari ni aku nak cter sikit apa yang berlaku hari nie..yang haritu nanti slow2 up ok SABAR ye (>_<)

                 So apparently today is my last day of my MUET exam.. ye hari terakhir.. 3 paper sekali gus.. Bahagian listening, Reading , dengan Writing.. quit tough jugak.. nak2 dengan aku yang grammatically songsang lagilah susah.. ahahhaha.. dalam 8 pagi macam tu start exam habis dalam 12.30 tgh hari tadi.. lama?? ok lah 3 paper kan.. hohoho.. Boleh jawab ke tak?? hmm.. oklah.. bolehlah.. haruslah boleh sebab tu soalan kita sebagai calon kene jawab..haaa.. nampak permainan di situ?? hehe.. ok.. cuma sekarang tawakal jelah band tinggi ke rendah nanti serah pada Allah je. Janji da usaha.. ehh usaha ke.. boleh lah.. adalah sikit.. hohohoho... 



tu jelah kot untuk entry kali nie.. nanti update lain.. btw korang buka puasa apa hari nie?? kongsi2 lah.. (>_<)


till we meet again bye (>_<)

Tuesday 3 July 2012

Sya'aban dan Malam Nisfu Sya'aban

Assalamu'alaikum.. hye guys.. 


       OK we meet again.. perrgg omputih.. hahaha.. ok abaikan.. Jadi, seperti tajuk yang telah di taip dengan cantiknya... nak jugak la bagi sikit amalan yang dapat dilakukan kita semua dalam bulan Sya'aban yang mulia ini. Saya tak delah nak kata nak tunjuk pandai ke apa.. Ini adalah susulan dari entry yang lepas di mana saya ada menghadiri ceramah oleh Ustaz Don Daniyal yang mengatakan dan menceritakan serta memberitahu serba sedikit amalan yang boleh dilakukan dalam bulan sya'aban ini. Bantuan carian dalam laman sesawang ini juga banyak membantu. Jadi insyaAllah apa yang saya ceritakan kat sini adalah sedikit dapat dimanfaatkan dan dapat dilakukan oleh semua dan semestinya diri saya..eh panjang pulak dah muqaddimah aku ni. Jom kita tengok apa antara amalan serta Hadis Sahihnya. 



1- Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah r.a. meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi s.a.w.berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi s.a.w. bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah r.a. menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi s.a.w. apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

 Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”(riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabis.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

2- Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah r.a.  berkata (bahawa) Kekasihku (Nabi s.a.w. ) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari)  .
     Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah di dalamnya hari pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari di atas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
3- Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.


4- Selesai sembahyang Maghrib pada malam nisfu sya'aban, hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya. Menurut Ustaz Don Daniyal daripada ceramah beliau tidak ada sebarang hadis sahih untuk ini, tetpi elok untuk diamalkan sebagai salah satu amalam sunat. Jadi tidak ada sebarang kesalahan untuk kita mengamalkannya... 

Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan..di mana ada silap sila tegur..  Saya tidaklah begitu pandai atau sempurna .. Andai ada kesilapan, sama-samalah tegur.. moga bersama-sama kita mendapat manfaatnya (>_<) 

surau-surau dan masjid biasanya ada buat.. jadi tak salah tumpang sekaki join mereka-mereka di sana.. (>_<) 

Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.



Jumpa lagi di entry yang lain guys. (>_<) 



Sunday 1 July 2012

KELUARGA BAHAGIA


Sedamai taman firdausi

Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani



Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang



Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan



Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah



Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia



Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Keluarga Bahagia


Assalamu'alaikum guys.. hyep3.. (>_<)


    Tajuk nak gempak an.. HAHAHAHAHA.. ok itu lirik lagu saujana yang bertajuk keluarga bahagia.. ok lagu dia sedap ok.. message yang sangat bagus disampaikan dalam lirik-lirik mereka.

     OK habis cerita tu..nak cerita nie.. Jumaat haritu bersamaan 29 Jun 2012 adalah 1 rombongan dari Terengganu ( rumah saya) ke Kuantan.. Mula-mula tak taw pun tajuk yang akan disampaikan.. Yang aku taw.. 1 rombongan ke Kuantan sebab ada ceramah oleh Ustaz Don Daniyal. Aku pergi takde sebab apa pun.. Aku cuma rasa nak pegi..tak salah kan.. plus i'm some kind of curious person.. Jadi tak salah aku pergi nak taw apa-apa yang aku perlu taw. Aku pergi dengan mak aku jek. (>_<) 


SEE THIS IS MY MOM.. LOVE HER SO MUCH!!! 

   Dalam pukul 12.30 macam tu la aku dengan 1 bas sampai ke kem Briged Tengah Kuantan, Pahang. Tengok banner rupanya start dalam pukul 3 petang macam tu. oklah..kitorang pun diberi tempat rehat untuk rehat dan solat. Lepas da relax habis semua mak ajak makan.. haha.. makan tengah hari yo.. padehal da melantak nasi lemak free dorang bagi kul 11 tadi.. kih2.. makan jelah da orang bagi.. hohoho..

   OK.. so macam tajuk entry nie.. itulah tajuk yang diberikan kepada Ustaz Don daniyal untuk siampaikan kepada kami semua para pendengar. ceramah tu berlangsung selama 2 jam. 

Antara isi-isi yang dia beri:-

1- Jaga makanan - makanan boleh menjadi darah dan kulit sama ada diri sendiri dan juga anak-anak. Jadi makanan yang HALAL adalah sangat penting. Oleh itu WAJIB memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarga adalah HALAL dari semua segi terutama sumber pendapatannya.kan 

2- Sebolehnya selalukan berjemaah bersama keluarga. Selalukan untuk azan di rumah.. InsyaAllah syaitan tidak akan berada di rumah dan InsyaAllah rumah akan sentiasa aman. 

3- Ibu bapa jadilah ketua dan gunakanlah kuasa sebaik mungkin. Janganlah sampai anak-anak dapat pijak kepala. Ajarlah anakmu sebaik mungkin. 

4- Duhai anak, jagalah hati ibu bapamu janganlah sampai mereka terasa hati. 

Terdapat banyak cerita dan kesah-kesah tauladan dari zaman sahabat yang dikaitkan dengan keluarga bahagia.. Beliau juga menceritakan tentang bulan sya'aban yang mulia ini.. Antara amalan yang boleh dilakukan.

Jadi 4 perkara di atas adalah antara perkara yang di HIGHLIGHTkan pada hari itu di mana perkara yang sepatutnya dilakukan oleh para ibu bapa seta anak-anak untuk mendapatkan keluarga yang bahagia. 

Itu sahaja yang dapat diongsikan.. ya memang sedikit yang saya dapat kongsikan.. InsyaAllah itu semua dapat memberi sedikit panduan untuk semua.. Ini bukan nak menunjuk pandai ke apa.. nak ingatkan diri sendiri juga.. InsyaAllah yang mana baik akan di lakukan..

JUMPA LAGI DI ENTRY LAIN.. (>_<)