Monday 1 October 2012

kawan dan rasa

Assalamu'alaikum...

da makan tengah hari?? da pukul 2.30 petang.. lebih dah pun takkan tak makan lagi kan.. hehehehe...

nak bercerita lah sikit.. takdelah cerita lebih pada apa yang aku pernah fikir..
pernah tak terlintas rasa kenapa korang berkawan dengan mereka mereka?? pernah??
hmmm aku pernah...kadang-kadang tak tersangka kan aku boleh kenal dia.. pernah ingat kembali bila mana kamu berjumpa dan mula mengenali?? ahhh kadang-kadang kita berkawan secara tak sangka..
cuba fikir siapa sahabat yang paling rapat dengan kamu? mesti ada kan.. seorang dua orang.. ingat balik dari awal.. korang memang kenal kenal terus rapat ke?? apa perkara yang buat korang boleh rapat?? pernah terlintas soalan macam tu dekat fikiran?? aku pernah..

ahh aku berkawan tak kira siapa . pantang yang ditegur boleh mesra bila rasa selamat untuk menyembang tanpa rasa terkilan diakhir perbualan. mudah tersenyum kepada siapa yang memberi senyuman juga. Kadang terlintas juga pandangan orang terhadap diri sendiri, sekali lagi pandangan orang dititik beratkan.. haiisshh tak boleh lari, orang sana sini akan sentiasa bercakap tak pernah berhenti. Dengan siapa kau bercakap, dengan siapa kau keluar, dengan siapa kau bersama, semua boleh menjadi tajuk perbualan. aku yang secara fizikalnya dilihat mudah mesra tak kira siapa , lelaki, perempuan, semua.. mudah sahaja dipandang serong. tapi itu pandangan masyarakat. tapi masih juga kau berkawan jugakan.. bagi aku "YA" aku masih berkawan dengan siapa sahaja yang aku mahukan. memilih?? ya memlilih juga tapi tak semua.

pernah fikir dari berkawan korang boleh faham perangai semua orang..memang tak semua tapi korang boleh buat kesimpulan orang semua tak sama perangai mereka.. ada yang annoying ada yang take care sangat ada yang sarcastic giler ada yang pemalu.. BANYAK sangat untuk difahami. dalam erti kata lain susah untuk memberi kepuasan sepenuhnya.. orang lain-lain, sikap pun lain-lain. orang ini mungkin begini, orang itu mungkin begitu takkan pernah sama. jangan pernah kata aku kenal kau.. ahh 100% ke kau kenal.. TIDAK!! kau yang tak pernah sekatil sebantal dengan dia jangan pernah kata kau kenal luar dalam mereka. Tapi paling kurang pernah cuba untuk faham walau tidak sepenuhnya. aku sendiri tak faham kerenah sahabat baik aku sendiri.. tapi paling kurang aku cuba jua untuk faham walau payah. memang ada aku kata " eleh kau, macamlah aku tak kenal kau kan." tapi hakikatnya aku tak faham sangat. aku hanya tahu fizikal luaran, sifat ditunjukkan, itu sahaja. tidak sepenuhnya aku tahu mereka luar dan dalam.

Terlalu banyak untuk dikatakan tentang berkawan. aku berkawan begini cara dia. kau berkawan lain caranya. aku berkawan selagi mereka tidak mendatangkan masalah. aku berkawan selagi mereka memerlukan. aku tak pernah kisah untuk menjadi mata dan telinga mereka. bersedia untuk memberi pancaindera yang ada untuk dipinjamkan selagi masih terdaya.

andai ada silap dilakukan?? alahh semua orang buat silap.. kau tk pernah buat silap.. ahh kau boleh dikatakan malaikat lah andai begitu. kalau dah buat silap mohon maaf.. ye.. perkara terpenting, mengaku kesilapan dan memohon maaf.. tak tercalar pun maruah kalau minta maaf.

ingat ingat balik banyak juga silap aku dengan kawan aku sendiri.. banyak juga terasa hati dengan kawan sendiri. tapi apa nak buat kawan.. aku salah aku try mintak maaf selagi boleh.. kawan buat salah.. hmm aku bukan jenis tunjuk aku ni terasa.. lebih suka pendam sendiri. Kalau perasan oklah. kalau tak hmmm.. senyap jelah apa je boleh buat. .

Dalam sakit hati gembira tawa dan sedih aku masih sayangkan mereka mereka yang pernah , masih dan bakal berkawan dengan aku... setiap detik masa aku menghargai mereka.. TERIMA KASIH.. itu sahaja yang mampu aku ucapkan..





photo credit to : Desmond Siew

photo credit to : Palie Massa

photo credit to : Nur Hidayu Zirman

photo credit to : Vino 

photo credit to : Hazwani Halit 



photo credit to : Sam Ten KarLeong



photo credit to : Salihin Ismail




tengok dari gambar dah nampak kan kawan aku siapa.. hahahah.. ramai kan.. ni pun sikit je.. macam kurang 20% dari kawan aku.. ramai lagi ok.. ni ambik mana sempat je.. karang aku letak gambar semua entry panjang dek gambar jek.. ahahhaa.. 
ok rasa entry banyak merapu? maaf tu cuma idea fikiran jalanan aku je.. kalau ada rasa silap sana sini sila tegur.. terima kasih (>_<) 








2 comments:

❀ Ꮯ Ꭵ Κ Ꮤ Ꭺ Ⴖ | Ꭵ ❀ said...

ade gambar iteww lahhh. iteww sayangss awak :D

cikbunga said...

kita sayang awak jugak (>_<)