Thursday 30 August 2012

SAHABAT


sahabat,
dalam kekalutan arus,
aku dan kau bersama seiring ,
dalam kancah duniawi,
menemani perjalanan dalam kegelapan malam dan terang dinihari,
mengharungi arus deras pemodenan,

sahabat,
kau kini berlainan arah dari aku,
kau ke sana dan aku ke sini,
kau ke menara gading impianmu dan aku pergi mencari impian aku,
kepahitan kemanisan masih lagi bersama walau tidak dekat di mata,
walau pertolongan tidak selalu ku peroleh,
semangat dan jiwamu bersama aku sentiasa.

sahabat,
ingin sahaja aku mengatakan jutaan terima kasih,
tapi aku tahu itu tak akan pernah cukup,
cukup kau dan aku bahagia mengejar impian.










p/s malas nak letak gambar anis banyak pulak gambar anis dalam blog aku ahahah jangan marah kih3 =p




No comments: