Saturday 18 August 2012

Tangisan Aidilfitri

  Assalamu'alaikum..

Hye guys.. da tengok Pengumuman raya?? yeaaahh!!! esok raya.. wwoohhooo.. ok..

          Entry kali nie nak cerita sikit kesedihan beraya.. errkk..sepatutnya raya diai dengan meriah aku pulak nak sedih.. hohoho.. takdelah.. bukan nak sedih just nak konsi cerita sikit jek.. tak salah kan.. raya tetap raya.. (>_<)

ok let's begin..

             mula-mula sekali.. 5/8/2012 ok.. masa nie aku kat KL.. ada hal sikit.. and petang hari tu aku buka puasa kat luar.. KLCC tempat di tuju.. dengan siapa?? haiisshh siapa siapa aja yang sudi buka puasa dengan aku.. (>_<) bukan point aku kat sini.. hah.. tengah aku sembang-sembang then dapat call dari ayah aku... aku ingat dia saje call macam biasalah nak cek anak dia ni ke mana.. hohoho.. rupa-rupanya aku dapat berita buruk.. pheww~~ kesahnya salah sorang kawan aku yang dah lama aku tak jumpa dari Johor eksiden.. yes eksiden.. dia baru sampai dari Jepun.. dia dan family (ayah mak dan adik lelaki bongsu dia) on the way balik.. dan dalam perjalanan pulang tu kemalangan.. mak dan adik bnsu dia meninggal.. ayah dia koma.. ok sampai sekarang aku tak dapat berita sangat.. no fon dia da bertukar jadi terus hilang contact.. nak ke Johor tak mampu.. doa dari jauh jelah yang termampu.. masa dapat berita terkaku kejap.. speechless..tak sangka macam nie jadi dia..dia salah sorang kawan yang rapat dengan aku dulu.. dan aku time dia perlukan aku.aku takde kat sana..sedih sangat.. dan tahun ni dia beraya dengan kesedihan..aku dapat bayang macam mana..aku taw dia tabah..aku kenal dia.. ingat lagi masa aku darjah dua atau tiga tak silap aku masa nenek dia meninggal dia datang sekolah menangis sedih aku time tu tapi itulah aku kecik lagi tak reti nak pujuk orang macam mana.. Aku sekarang hanya mampu doa dari jauh moga dia tabah.. itu jek..dapat rasa tak raya tanpa mak ayah?? aku tak dapat bayang langsung..

             dan aku? yes aku pun pernah rasa family aku pergi.. ye puasa tahun lepas..2 hari sebelum raya.. atuk belah ayah aku meninggal dunia..masa dapat berita aku atas moor on the way balik rumah..dia mati sebab kanser tulang..masa dapat berita aku tak rasa apa-apa..macam terkejut macam tu jek.. then lepas buka puasa kami pulang ke kampung halaman.. aku tak taw nak kata apa senyap je..then mak suruh baca quran..aku pun bacalah..gilir-gilir dengan ahli keluarga lain..tengah hari dia di kebumikan..orang kampung semua da sampai siapkan peralatan semua.. masa mandikan mayat.. dorang una cara lama lagi.. anak2 lelaki pangku mayat dan mandikan.. yes ayah aku as anak kedua dan anak sulung lelaki one of them..hati aku da sayu gila masa tu.. masa aku tengok tu air mata da jatuh.. mak aku kata "jangan macam ni tak baik" aku pun tersedu kejap.. tapi still tak dapat nak stop.. lepas siap mandikan semua masa untuk kafankan..sebelum kafan semua anak cucu cium dia untuk kali terakhir. Aku cucu sulong dia..paling disayangi yes paling disayangi walaupun jarang balik jumpa dia.. pesan dia kata-kata dia.. ahh banyak..rindu pada dia tak payah nak kata sangat..masa hari raya tahun lepas selepas kematian.. mak cik aku paling terkesan..dia yang paling rapat dan dekat dengan dia.. aku tak boleh tengok dia.. tiap kali tengok dia mesti air mata jatuh.sedih...yes sedih sangat kalau tu atok aku yang jarang jumpa ni ayah dia yang hari-hari nampak di mata..apa perasaan korang..begitulah..tapi semakin hari pergi hati makin tabah.. dan sekali lagi raya kembali dan perginya Ramadhan.. dah 2 3 hari jugak air mata aku nie jatuh teringat kat arwah..hanya mampu sedekahkan al-fatihah.


itu je yang mampu aku buat.. nak menangis meratapi pemergian untuk apa..yang pergi tetap pergi.. insyaAllah esok akan ke kubur dia.. masa bukak puasa tadi aku teringat kat dia..tahun kedua raya tanpa dia.sedih.. yes tangisan aidilfitri.. tangisan yang tak sepatutnya hadir tapi tanpa orang yang disayangi tak terduga tangisan mengalir..

pada yang masih punya ibu bapa hargai mereka masa masih ada..

akhir sekali selamat hari raya maaf zahir batin...(>_<)





No comments: