Sunday 1 July 2012

KELUARGA BAHAGIA


Sedamai taman firdausi

Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani



Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang



Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan



Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah



Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia



Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Keluarga Bahagia


Assalamu'alaikum guys.. hyep3.. (>_<)


    Tajuk nak gempak an.. HAHAHAHAHA.. ok itu lirik lagu saujana yang bertajuk keluarga bahagia.. ok lagu dia sedap ok.. message yang sangat bagus disampaikan dalam lirik-lirik mereka.

     OK habis cerita tu..nak cerita nie.. Jumaat haritu bersamaan 29 Jun 2012 adalah 1 rombongan dari Terengganu ( rumah saya) ke Kuantan.. Mula-mula tak taw pun tajuk yang akan disampaikan.. Yang aku taw.. 1 rombongan ke Kuantan sebab ada ceramah oleh Ustaz Don Daniyal. Aku pergi takde sebab apa pun.. Aku cuma rasa nak pegi..tak salah kan.. plus i'm some kind of curious person.. Jadi tak salah aku pergi nak taw apa-apa yang aku perlu taw. Aku pergi dengan mak aku jek. (>_<) 


SEE THIS IS MY MOM.. LOVE HER SO MUCH!!! 

   Dalam pukul 12.30 macam tu la aku dengan 1 bas sampai ke kem Briged Tengah Kuantan, Pahang. Tengok banner rupanya start dalam pukul 3 petang macam tu. oklah..kitorang pun diberi tempat rehat untuk rehat dan solat. Lepas da relax habis semua mak ajak makan.. haha.. makan tengah hari yo.. padehal da melantak nasi lemak free dorang bagi kul 11 tadi.. kih2.. makan jelah da orang bagi.. hohoho..

   OK.. so macam tajuk entry nie.. itulah tajuk yang diberikan kepada Ustaz Don daniyal untuk siampaikan kepada kami semua para pendengar. ceramah tu berlangsung selama 2 jam. 

Antara isi-isi yang dia beri:-

1- Jaga makanan - makanan boleh menjadi darah dan kulit sama ada diri sendiri dan juga anak-anak. Jadi makanan yang HALAL adalah sangat penting. Oleh itu WAJIB memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarga adalah HALAL dari semua segi terutama sumber pendapatannya.kan 

2- Sebolehnya selalukan berjemaah bersama keluarga. Selalukan untuk azan di rumah.. InsyaAllah syaitan tidak akan berada di rumah dan InsyaAllah rumah akan sentiasa aman. 

3- Ibu bapa jadilah ketua dan gunakanlah kuasa sebaik mungkin. Janganlah sampai anak-anak dapat pijak kepala. Ajarlah anakmu sebaik mungkin. 

4- Duhai anak, jagalah hati ibu bapamu janganlah sampai mereka terasa hati. 

Terdapat banyak cerita dan kesah-kesah tauladan dari zaman sahabat yang dikaitkan dengan keluarga bahagia.. Beliau juga menceritakan tentang bulan sya'aban yang mulia ini.. Antara amalan yang boleh dilakukan.

Jadi 4 perkara di atas adalah antara perkara yang di HIGHLIGHTkan pada hari itu di mana perkara yang sepatutnya dilakukan oleh para ibu bapa seta anak-anak untuk mendapatkan keluarga yang bahagia. 

Itu sahaja yang dapat diongsikan.. ya memang sedikit yang saya dapat kongsikan.. InsyaAllah itu semua dapat memberi sedikit panduan untuk semua.. Ini bukan nak menunjuk pandai ke apa.. nak ingatkan diri sendiri juga.. InsyaAllah yang mana baik akan di lakukan..

JUMPA LAGI DI ENTRY LAIN.. (>_<) 



3 comments:

Unknown said...

keluarga bahagia :)
semoga Allah memberkati kamu :)

cikbunga said...

semoga Allah memberkati kamu juga babe (>_<)

Unknown said...

Amin~ :)