Tuesday 3 July 2012

Sya'aban dan Malam Nisfu Sya'aban

Assalamu'alaikum.. hye guys.. 


       OK we meet again.. perrgg omputih.. hahaha.. ok abaikan.. Jadi, seperti tajuk yang telah di taip dengan cantiknya... nak jugak la bagi sikit amalan yang dapat dilakukan kita semua dalam bulan Sya'aban yang mulia ini. Saya tak delah nak kata nak tunjuk pandai ke apa.. Ini adalah susulan dari entry yang lepas di mana saya ada menghadiri ceramah oleh Ustaz Don Daniyal yang mengatakan dan menceritakan serta memberitahu serba sedikit amalan yang boleh dilakukan dalam bulan sya'aban ini. Bantuan carian dalam laman sesawang ini juga banyak membantu. Jadi insyaAllah apa yang saya ceritakan kat sini adalah sedikit dapat dimanfaatkan dan dapat dilakukan oleh semua dan semestinya diri saya..eh panjang pulak dah muqaddimah aku ni. Jom kita tengok apa antara amalan serta Hadis Sahihnya. 



1- Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah r.a. meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi s.a.w.berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi s.a.w. bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah r.a. menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi s.a.w. apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

 Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”(riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabis.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

2- Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah r.a.  berkata (bahawa) Kekasihku (Nabi s.a.w. ) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari)  .
     Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah di dalamnya hari pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari di atas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
3- Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.


4- Selesai sembahyang Maghrib pada malam nisfu sya'aban, hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya. Menurut Ustaz Don Daniyal daripada ceramah beliau tidak ada sebarang hadis sahih untuk ini, tetpi elok untuk diamalkan sebagai salah satu amalam sunat. Jadi tidak ada sebarang kesalahan untuk kita mengamalkannya... 

Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan..di mana ada silap sila tegur..  Saya tidaklah begitu pandai atau sempurna .. Andai ada kesilapan, sama-samalah tegur.. moga bersama-sama kita mendapat manfaatnya (>_<) 

surau-surau dan masjid biasanya ada buat.. jadi tak salah tumpang sekaki join mereka-mereka di sana.. (>_<) 

Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.



Jumpa lagi di entry yang lain guys. (>_<) 



2 comments:

Unknown said...

syukran qilah :) entry yang bagus utk dikongsikan. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Amin~

cikbunga said...

aku tulis pe yg ku denga dan copy dari google jek =)..