Sunday 16 December 2012

AKU DAN HOSPITAL (PERENGGAN KE TIGA)


Assalamu'alaikum..
 hai hai hai.. how's weekend guys?? best?? apa je korang buat?? mesti best kan.. apa??? ada yang duk lam bilik jek?? lepak r.. sekali sekala duk lah lam bilik jugak... (>_<)

Nampak tajuk tu?? nampak hebat kan?? ahahhha kemain kau.. ahahah.. yep yep..  ni nak sambung cerita lain.. da perenggan ke tiga dah wehh.. ahahhaa...suka sangat kan huuuu.... selama 2 minggu aku tak update pasal hospital kan sebenarnyakan aku da kursus ventilator .. nak lah cerita sikit apa aku belajar 2 minggu tu...

huuuuu OK taw tak ventilator tu apa??? owwwhhh tak taw ke.. ok ok.. ni salah satu contoh mesin ventilator. Jenama lain, lain la bentuk rupa dia. Ni antara yang latest version. pernah tengok?? baguslah kalau pernah tengok.. kalau tak pernah ini dia salah satu jenis mesin ventilator yang up-to-date sikit untuk di tontonkan semua... heee =D.



Tau kegunaan dia??? ni di kira salah satu alat bantuan pernafasan. biasanya pesakit yang susah bernafas atau tak boleh bernafas langsung. Jadi mesin ni akan tolong nafaskan untuk diorang..itupun tak semualah.. ada situasi dengan mode mesin tu tersendiri.. fuhhh kalau nak explain panjang tu.. huuuu...adess...ni adalah sikit gambar nak tunjuk benda berkaitan.. Yang penting jelah tunjuk ok.. 



OK.. yang ni mesin vatilator.. tapi dengan mode CPAP atau BIPAP
Apa maksud mode ni? 

CPAP ( Continuous positive airway pressure) = pesakit 100% akan bernafas sendiri, tetapi sekiranya pesakit tak mempunyai nafas (apnea) serta merta mesin ini akan mengesan ketiadaan pernafasan pesakit dan sekaligus membantu pesakit untuk bernafas. 

BIPAP ( Bilevel @ biphasis positive airway pressure) = Pesakit bernafas dengan bantuan mesin. di mana mesin akan memberi oxygen sepenuhnya kepada pesakit dan membantu paru-paru mengembang sekaligus membuka ruang lebih besar untuk oxygen masuk ke dalam paru-paru pesakit. 

bunyi hebat kan?? ahahahahha... ok...tu 2 mode yang popular untuk pesakit yang sedar tapi memerlukan bantuan pernafasan.


ok NEXT.. untuk pesakit yang tak boleh langsung bernafas sendiri, doktor biasanya akan terus sedate pesakit (pesakit tidak sedarkan diri) dan masukkan tiub yang di panggil (ETT- Endotracheal tube) terus ke paru-paru dan disambungkan ke mesin ventilator untuk bantuan pernafasan. 

Ini adalah contoh ETT yang dah di masukkan. 


biasanya pesakit akan berada dalam fasa tidak sedar setelah diberi sedative oleh doktor. 

Antara mode yang digunakan adalah SIMV dan CMV.

SIMV (Synchronized intermittent mandatory ventilation) = mesin dan pesakit akan bernafas secara selang-seli

CMV ( Continuous mandatory ventilation ) = 100% oxygen di beri terus ke dalam paru-paru pesakit dalam keadaan pesakit tidak sedar. 

ok.. lagi hebatkan?? ehheheh.. ok secara amnya itulah serba sedikit yang aku belajar masa kursus 2 minggu haritu.. ada jugalah belajar tentang nursing care patient dengan mesin ventilator ni. calculation untuk sedation yang nak diberi pada pesakit pun ada..fuhhh banyak lagi.. ahahahaha...

oleh kerana ini je mampu untuk ditulis.. yang lain kalau ada terasa nak sambung cerita akan di ceritakan.. ehehhehehe.. KALAU ya.. mungkin one day =D.. hehehe..

OK. lepas 2 hari teori, kami pusing wad tengok pesakit yang guna mesin ventilator ni tengok balik setting dia, sama atau tidak dengan order dari doktor. Ubat sedation yang mereka guna betul ke amount yang di bagi. dan tak lupa jga NURSING CARE pesakit... great experience. lagi-lagi untuk freshie macam aku ni.. hahahahahaha... 

Not bad though. Learning process never end. (>_<) . makin paham makin mahir.. ecewaahhh gitu kan.. ahhahaha... boleh tak nak ambil speciality in ICU?? ahhaahha ok berangan.. huhuhuuh... ada rezeki mana-mana adalah nanti =D. Just pray for the best.

itu je la kot yang mampu di kongsi untuk perenggan ke tiga ni.. hehehehe...kalau ada salah tolong betulkan ok =D. 

btw.. have great work tomorrow guys... see you next entry..
BYE





No comments: