Thursday, 5 June 2014

MARRYING ONE



Hey there... yes you my love.... I LOVE YOU..
Every breath,
Every ticking time..
for you my love..
my pray don't get less..
with Allah will..
we gonna be as one soon and for the rest of our life..

(>_<)

Thursday, 17 April 2014

THE 20th

Dalam kejauhan ada rindu bertamu,
Dalam kerinduan ada cinta bertamu,
Dalam cinta ada hati yang bahagia,
Dalam bahagia ada hati yang berbunga.
Dalam hati berbunga ada pula hati yang membenci,

Biarkan mereka,
aku hanya mahu bersamau kau,
bahagia merindui mencintai,
aku mahu kau,
kau dan aku,
Bahagia.



Monday, 7 April 2014

ANGIN

terkadang terbuai dengan deruan angin,
terkadang rimas dengan angin yang lembut menyapa,
terkadang benci dengan deruan angin yang kencang,
terkadang tak mengerti mengapa angin berhenti berhembus,

Namun pengakhirannya aku membiarkan sahaja ia berlalu,
biar deras biar lembut ia menyapa,
aku senang, bahagia dibelai lembut.

p/s kotak hati aku dikocak amarah rindu cinta benci.. ahh segalanya.. tak tahu apa nak buat. aku bingung bingung dengan hati sendiri.. bingung dengan perasaan sendiri..hanya mampu berdoa untuk segala yang bakal terjadi.

Tuesday, 25 March 2014

SEMBILAN BELAS

Lagi aku lupa 19 bulan aku dan kau...
Lupa dek leka berjalan melihat keindahan ciptaan Allah di Sabah..

17/3/2014

mengembara di Sabah melihat betapa hebat ciptaan. dan release stress yang ada.
walaupun lupa tidak bermakna aku lupa akan kau.
aku sayang aku rindu akan dirimu.
SENTIASA.


picture from tumblr




Tuesday, 18 February 2014

GRATEFULL FOR THE 18TH

Dalam sepi aku keseorangan jauh dari matamu,
Menanti detik bersamamu,
sepi pilu kian terasa dalam hari-hariku,
Terkadang ku merasakan jauh,
Terkadang ku terasa ditinggalkan,
ahhh auh benar aku bermimpi,
Kembali ke realiti,
Kau jauh tapi masih berada di hati,
Sayang dan rindu aku,
Jua sayang dan rindu kau,
tidak pernah berhenti,
Rindu mrnyapa dan pergi,
Aku menanti kamu penuh sabar,
Segalanya ketentuan Allah,
Aku terima dengan redha.

The 18th month of us together... Being far away from you even it is very hard for me, i'll survive successfully.

Love you so much my LOVE.


source: Tumblr




Monday, 20 January 2014

THE 17th

17/1/14

di Tahun baru dan aku terlupa lagi .. hmm..bulan yang ke 17 kita berdua sayang..
Macam-macam berlaku.. baru  3bulan kamu di sana.. 3 bulan sahaja...  3 bulan baru.. aku kat sini tak taw macam mana...semua aku rasa.. kadang-kadang aku give up. aku dah give up tapi kau masih mahu berada di situ.. aku teruskan jua apa yang telah aku mulakan. terasa sedikit sayang juga untuk aku putuskan tali yang telah sekian lama terikat.. Aku cuba buat segalanya.. tapi segala yang aku buat salah.. tak pernah betul dipandangan.. salah salah.. kesilapan... itu sahaja yang aku buat..ahhh aku sudah tidak tahu apa yang mahu dibuat.. aku penat. aku pening.. sesak nafasku bila fikirkan perkara yang sama sentiasa.. hmmmm.. aku hanya mampu berdoa segalanya berjalan lancar hingga ke akhirnya..


Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H







Mari berselawat ke atas Nabi, lari sebentar dari kealpaan dunia
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul 1435H
dan tahun ini bersama tema
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMA"
marilah sama-sama kita berselawat
Bismillahirrahmanirrahim.